Sabtu, 7 Ogos 2010

Anda Juga Menghina..?, Adakah Anda Juga Sama,? 2 x 5 sahaja..?

Posted: 05 Aug 2010 04:42 AM PDT
Sekarang ini heboh diperkatakan kes seorang perempuan yang menghina negeri Johor.. Dan juga aku ada buat entri sebelum ini berkaitan kes ini. Heboh la buat seketika ini. Maka gempak gempitalah alam maya ini. Alam realitinya aku tidak tahu la, mungkin empunya badan dan orang sekelilingnya tahu..

Memang aku takkan tunjuk muka empunya badan, sebab apa yang aku tahu empunya badan sudah pun meminta maaf. So, tiada guna untuk aku tunjuk mukannya kerana bukan tujuan untuk memalukan dia, tetapi juga untuk mengingatkan orang ramai apa yang tak sepatutnya dilakukan di Facebook. Dan juga diharapkan sebagai kesedaran kepada aku dan juga orang² lain.


Bila kes macam ini muncul, maka marahlah semua orang. Dan aku juga tidak terkecuali, marah dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Memang tidak tepat dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Tetapi rasanya marah dan tak puas hati aku ada batasnya. Bukan sampai menghina semula.

Kenapa aku berkata demikian.?

Jom kita baca apa yang telah ditulis pemilik-pemilik akaun facebook yang kononnya begitu marah sehingga mereka juga tidak sedar yang mereka juga sebenarnya menghina.
Bezanya, perempuan itu menghina dapat balasan(maksud aku page anti la, kecaman dan pelbagai lagi), dan aras kedua yang menghina.? Wah, sedapnya mulut..

Tidak percaya.? Ini aku tunjukkan (sebahagian) apa yang pada aku tidak sepatutnya ditaip oleh sesiapa yang sepatutnya berpikiran waras.. Untuk peringatan kepada sesiapa yang begitu marah tetapi tidak sedar mereka juga adalah 2 X 5 sahaja..
hina negeri johor di facebook


Juga semestinya aku sangat menyokong dengan beberapa orang yang menyedari perkara ini.. bagus bro/sis kerana korang nampak lebih jauh..
hina negeri johor di facebook


Dan juga sedikit orang yang pada aku bijak mengambil kesempatan. Mungkin.:)
hina negeri johor di facebook


Sebenarnya aku agak suka dengan komen ini..:).
Inilah warna warni kehidupan, dan bestnya siap ada peribahasa lagi.
hina negeri johor di facebook



Dalam page ini, ( ada 2 page, satu dah tutup, ini masih buka) ada pelbagai lagi kata-kata umat melayu yang bermacam-macam ragam. Tak larat juga aku hendak membaca semuanya. Biarkanlah..


Juga untuk makluman..
Entri ini bukan bermakna aku menyokong perempuan itu. Dia buat salah tetap salah. Dan rasanya dia juga telah meminta maaf kerana dia telah menghina.

Dan pertanyaan aku..
anda semua(yang menghina) adalah anda meminta maaf dengan apa yang anda lakukan.?

Oh, jangan anggap aku buat entri bajek aku baik. Aku bagus lah, apa lah. Aku pun sama seperti korang semua. Tetapi aku rasa aku tak la sampai teruk-teruk sangat.:)Cuma peringatan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Bukankah bagus untuk kita saling ingat mengingati..?

Sekali lagi diingatkan, berpikir sebelum anda taip sesuatu dalam facebook, dan juga berpikir sebelum anda komen untuk entri ini.:) ,

p/s: aku juga 'like' page anti ini, bukan kerana sokong page ini, tetapi untuk menyampaikan apa yang aku rasa ini..

Jadikan internet sesuatu yang menyeronokkan.:)
---------------------------------------- Jangan lupa untuk terus melawat http://www.unwanted86.blogspot.com untuk pelbagai perkara yang menarik.:) ♫♪ Sharing Is Caring ♫♪ ----------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan